28 December 2007

Cuti sekolah, Raya Haji & azam baru.

Selamat meraikan Hari Raya Haji ( Raya Korban)
diucapkan kepada semua murid, guru &
Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama
Taman Desa Jaya. Semoga dimusim perayaan &
musim cuti persekolahan ini dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat
kepada semua. Sempena tibanya musim persekolahan
baru tahun 2008 diharapkan semua murid, guru &
Jawatankuasa Badan Kebajikan menanamkan semangat
dan azam yang baru untuk menaikkan lagi nama
Sekolah Agama Taman Deja Jaya dari segi
pendidikan akademik, jasmani & rohani .
Kita akan menyambut Awal Muharram pada
10 Januari 2008 (1 Muharram 1429)
Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua.
" Selamat tinggal 2007 - Selamat datang 2008 ".