24 April 2007

Maulidurasul

Sekolah Agama Taman Desa Jaya dengan gabungan
Badan Kebajikan telah berjaya menganjurkan Majlis
Sambutan Maulidurasul peringkat Sekolah pada hari
Ahad, 15 April 2007 bersamaan 27 Rabiulawal 1428
Hijrah. Majlis dimulai dengan perarakan murid-murid,
guru dan ibubapa. Perarakan, bacaan selawat dan
paluan kompang dimulai dari perkarangan Sekolah
Agama melalui sepanjang jalan Lembah. Majlis

diserikan juga dengan persembahan pentas seperti
bacaan Al Quran, berzanji, nasyid dan syarahan oleh
penceramah jemputan. Majlis ini dirasakan amat meriah
dengan kehadiran semua jemputan yang terdiri daripada
murid-murid sekolah, guru, ibubapa, masyarakat setempat
dan ahli badan-badan NGO. Berdasarkan sambutan yang
diberikan terhadap majlis ini, Insyallah Majlis Sambutan
Maulidurasul ini akan diadakan seterusnya pada
tahun-tahun hadapan.

06 April 2007

Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : En.Ramli Bin Hj. Ahmad Dahlan
Naib pengerusi : En.Isa Bin Amri
Setiausaha : En.Abd Razak Bin Jantan
Pen. Setiausaha : Pn.Syariffah Bt Saidin
Bendahari : Hjh. Zaharah Bt Osman
Ajk : En.Kasim Bin Darim
Ajk : En.Ahmad Tarmizi Bin Mokhtar
Ajk : En.Misuan Bin Jamingan
Ajk : En.Jamaludin Bin Ali
Ajk : En.Rohimee Bin Hj.Musa
Ajk : En.Zaidi Bin kadir
Ajk : En.Salleh Bin Mohamed
Ajk : Pn.Sarifah Juhaida Bt S.Jaafar
Ajk : Pn.Mawarni Bt Pahmi
Ajk : Pn.Zanariah Bt Hussin
Ajk : Pn.Safiah Bt Ibrahim
Ajk : Pn.Hatijah Bt Sabami
Ajk : Pn.Nuri Bt Paijan
Ajk : Pn.Norazura Bt Mohsin

05 April 2007

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh
gabungan pihak Badan Kebajikan dan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah
Mesyuarat Agong ke 10 yang telah

diadakan pada 25 March 2007. Sambutan
yang diterima amatlah menggalakkan
dengan penyertaan hampir 200 orang
tetamu terutamanya Ahli badan NGO

dan ibubapa. Mesyuarat Agong ini telah
dirasmikan oleh Yang berbahagiaKetua
Kampung Ulu Tiram En. Mohd Esa
Bin Baba Ali Khan. Pada 15 April 2007,

satu Majlis Sambutan Maulidurasul SATDJ
akan diadakan bermula dengan acara
perarakan murid-murid sekolah agama
pada jam 7:45 pagi dan diikuti dengan

acara persembahan dewan, syarahan dan
diakhiri dengan jamuan tengahari.
Semua ibubapa dan penduduk Taman

Desa Jaya adalah di jemput hadir bagi
memeriahkan lagi majlis tersebut.

Alamat berdaftar

Jalan Lembah 31
Taman Desa Jaya
81100, Johor Bahru

Tel : 07-3577545
Fax : 07-
Laman Web : http://
bksatdj.blogspot.com
Email : bksatdj.yahoo.com.my