31 October 2007

Majlis Konvokesyen & Sambutan Hari Raya




Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke 2 ( 2006) &
Sambutan Hari Raya Aidilfitri SATDJ telah berjaya

diadakan pada hari Ahad, 28 Oktober 2007 bersamaan
16 Syawal 1428 H , mulai jam 2.30 petang hingga
5.00 petang. Majlis telah dimulai dengan pendaftaran
pelajar & tetamu. Bacaan Doa telah dibacakan oleh
adik Mohd. Luqmanul Hakim Bin Mohd Zin, murid
Darjah Khas 2007. Majlis diteruskan dengan nyanyian
lagu negaraku, lagu Negeri Johor & lagu Sekolah. Pelajar
Darjah Khas 2007 tidak ketinggalan untuk menyumbangkan
beberapa lagu nasyid. Ucapan alu-aluan telah disampaikan
oleh Ustaz Abd. Razak Bin Jantan, guru besar Sekolah
Agama Taman Desa Jaya, diikuti dengan ucapan oleh
En Ramli Bin Ahmad Dahlan, Pengerusi Badan Kebajikan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Majlis konvokesyen
ini dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Agama Daerah
Johor Bahru. Seramai 64 orang murid menerima sijil
Konvokesyen Darjah Khas 2006 yang terdiri daripada
14 murid mendapat pangkat 1, 37 murid pangkat 2
dan 13 murid pangkat 3. seterusnya 45 murid adalah
penerima sijil Akuan Belajar Darjah Khas. Acara
diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada
murid paling cemerlang iaitu adik Nur Sabrina Binti Hasri
yang mendapat pangkat satu dengan agreget 12. Syabas
diucapkan kepada adik Nur Sabrina, iaitu satu-satunya
anak tunggal kepada En Hasri Bin Ali dari 29 Jalan
Danau 5 Taman Desa Jaya. Cenderahati juga di
sampaikan kepada Penyelia pendidikan Agama
Daerah Johor Bahru yang sudi hadir & merasmikan
Majlis konvokesyen tersebut. Majlis diserikan lagi
dengan Jamuan Hari Raya. pelbagai juadah dihidangkan
termasuk ketupat, rendang, kuih-muih, buah-buahan
& lain-lain. Semoga ramai lagi Nur Sabrina dilahirkan
oleh Sekolah Agama Taman Desa Jaya pada masa-masa
akan datang.....Insyallah.



26 October 2007

KONVOKESYEN & SAMBUTAN HARI RAYA



Sekolah Agama Taman Desa Jaya akan mengadakan Majlis
Konvokesyen Darjah Khas kali kedua ( 2006 ) dan Majlis
sambutan hari Raya aidilfitri SATDJ pada : -
Hari : Ahad
Tarikh : 28 Oktober 2007 bersamaan 16 Syawal 1428H
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Pengerusi dan semua jawatan kuasa Badan Kebajikan
SATDJ JB adalah di jemput hadir bagi memeriahkan lagi
majlis tersebut.

02 October 2007

RAMADHAN & SYAWAL.





Selamat menunaikan ibadah puasa dan
selamat menyambut Hari Raya diucapkan
kepada seluruh ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan,
guru-guru & sekelian murid Sekolah Agama Taman
Desa Jaya. Berhati-hati di jalanraya semasa balik
ke kampung masing-masing.