28 January 2008

Mesyuarat J/Kuasa Ke 1/2008.


Mesyuarat JawatanKuasa Badan Kebajikan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya yang pertama
untuk tahun 2008 telah berjaya diadakan
pada hari Sabtu, 26.01.2008 jam 8.30 malam
di bilik Mesyuarat Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Badan
menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh
En. Ramli Bin Ahmad Dahlan. Agenda mesyuarat
adalah seperti berikut : -
1. Ucapan pengerusi
2. Membentang & sahkan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan laporan kewangan BKSATDJ
oleh Ustazah Hatijah Bt.Sabami.
5. Laporan Persekolahan tahun 2008
oleh Ustaz Abdul Razak Bin Jantan.
6. Takwim BKSATDJ 2008
oleh Ustazah Syarifah Bt Saidin.
7. Anggaran belanjawan BKSATDJ.
8. Lain-lain Hal.
Pada tahun 2008, seramai 911 orang murid
telah membuat pendaftaran.
Analisa jumlah pelajar adalah seperti berikut : -
1. Darjah 1 : 146 murid.
2. Darjah 2 : 157 murid
3. Darjah 3 : 147 murid.
4. Darjah 4 : 162 murid.
5. Darjah 5 : 151 murid.
6. Darjah 6 : 126 murid.
7. Taj : 22 murid.
Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 malam.



08 January 2008

Tahun Baru

Musim persekolahan baru telah bermula pada
03.01.2008. Jawatan kuasa Badan Kebajikan
ingin mengucapkan selamat kembali ke alam
persekolahan kepada semua murid-murid
Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Semoga
tahun 2008 ini membawa lebih kecemerlangan
dan kegemilangan bukan sahaja kepada
sekolah tetapi juga kepada semua murid-murid,
ibubapa, guru-guru & ahli-ahli jawatan kuasa
Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa
Jaya. Marilah kita sama-sama berpaut lengan
& berganding bahu bagi memastikan Sekolah
Agama yang kita cintai ini beroleh kejayaan
yang paling Cemerlang, Gemilang & Terbilang........Amin.