27 May 2008

Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Hari Guru







Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Hari Guru telah berjaya
diadakan pada hari Jumaat , 16 Mei 2008 di Dewan Utama
Sekolah Agama Taman Desa Jaya mulai jam 2.30 ptg – 6.00 ptg.
Atucara majlis adalah seperti berikut : -
1. Bacaan doa oleh adik Muhd Faizzuddin Bin Abd.Rafik.
2. Ucapan aluan oleh Guru Besar SATDJ, Ustaz Abd.Razak Bin Jantan.
3. Ucapan oleh Timbalan Pengerusi BKSATDJ, En Roslan Bin Bokari.
4. Persembahan nasyid oleh murid-murid Taj, lakonan oleh
murid- murid darjah enam, Berzanji & Marhaban.
5. Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Tabrani .
6. Jamuan
7. Majlis penghargaan guru (penyerahan & pertukaran
cenderahati sempena Hari Guru).

09 May 2008

Mesyuarat Khas - Maulidurasul & Hari Guru









Mesyuarat Khas BKSATDJ bagi persiapan mengadakan
Majlis Maulidurasul & Hari Guru telah diadakan pada hari Sabtu,
3 Mei 2008 di Bilik Mesyuarat SATDJ . Mesyuarat bermula dari
jam 8.30 malam hingga 11.00 malam.
Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut : -
1. Bacaan Doa oleh Ustaz Razak Bin Jantan.
2. Penetapan bagi tarikh / masa / hari / aturcara Majlis Maulidurasul & Hari Guru.
3. Perlantikan jawatankuasa kerja sambutan.
4. Membincangkan anggaran perbelanjaan Majlis Maulidurasul & Hari Guru.
5. lain-lain hal.