13 August 2008

GOTONG ROYONG







Satu aktiviti gotong royong telah diadakan di Sekolah
Agama Taman Desa Jaya pada hari Ahad, 10 Ogos 2008,
mulai jam 8.45 pg. hingga 1.00 tgh. Beberapa Ahli
Jawatankuasa Badan Kebajikan & ibubapa telah berganding
bahu mengecat dan membersihkan sebahagian bangunan
sekolah manakala para guru dan murid turut serta
membersih dan mengemas bilik-bilk darjah. Selain itu
satu usaha penghapusan anai-anai turut dilaksanakan.
Amalan gotong royong seperti ini perlu diadakan selalu
bagi menjamin kebersihan, keindahan dan keceriaan
sekolah disamping mengeratkan lagi tali silaturahim
diantara Ahli Jawatankuasa Badan, guru-guru, murid -
murid, ibu bapa mahupun penduduk setempat.