16 November 2010

SEMINAR SATDJ






Unit Ko-Kurikulum SATDJ telah menganjurkan
Seminar Haji Umrah, Sembelihan, Mandi Wajib
dan Solat Hajat untuk Darjah 6 dan Darjah Khas.
Seminar ini telah berjaya diadakan pada hari
Khamis, 11 November 2010 bersamaan 4 Zulhijjah
1431 di Dewan Al-Hikmah Sekolah Agama Taman
Desa Jaya & Masjid Jamek Taman Desa Jaya.
Seminar dimulai dari jam 2.30 petang hingga
9.00 malam. Acara kemuncak seminar ialah
slot Bacaan Yassin & Solat Hajat. Seminar ini
bertujuan mendedahkan dan memantapkan
pemahaman murid-murid sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan SDEA / SDKA
disamping sebagai bekalan ilmu untuk
diri sendiri .......

10 November 2010

KONVOKESYEN DARJAH KHAS











Jumaat 5 November 2010, satu Majlis Konvokesyen
Darjah Khas telah diadakan di Dewan Sekolah Agama
Taman Desa Jaya . Majlis dilaksanakan sempena
meraikan murid-murid Darjah Khas tahun 2008 &
2009 yang memperoleh Pangkat 1, 2 & 3 dalam
peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama ( SDKA )
tahun tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan
Doa oleh Al Ustaz Daniel Munawar Bin Aziz Munawar
diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ustazah Hajjah
Kamaliah Bt Kallil ( Guru Besar SATDJ ), ucapan
En Norashikin Bin Hashim ( Pengerusi BKSATDJ )
& ucapan perasmian oleh Al Ustaz Abdul Jalil Bin
Khalil ( Penolong Pengarah Jabatan Agama Johor ).
Sebelum acara penyampain sijil, dendangan nasyid
telah dipersembahkan oleh murid-murid Darjah Khas
SATDJ. Sijil Darjah Khas Agama telah disampaikan
oleh Al Ustaz Abdul Jalil Bin Khalil & En Abdul Razak
Bin Jantan( Mantan Guru Besar SATDJ ). Pelajar
terbaik penerima SDKA ialah adik Nurul Nazura Bt
Onn (2008) & Nurul Amelia Bt Hasbullah ( 2009 ).
Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari & sesi bergambar.

09 November 2010

AL FATIHAH

En Zulkifli Bin Taha, Kerani Sekolah Agama

Taman Desa Jaya telah kembali ke Rahmatullah
pada jam 5.30 subuh hari Khamis, 4.11.2010 .
Beliau meninggal dunia di rumahnya di Taman
Desa Harmoni kerana sakit darah tinggi, kencing
manis & sesak nafas. Seluruh warga Sekolah
Agama Taman Desa Jaya & Jawatankuasa
Badan Kebajikan SATDJ mengucapkan takziah
Kepada ahli keluarga beliau. Kehilangan
Allahyarham amat dirasai. Semoga
ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas
roh beliau…....……......…… Amin.