18 May 2011

MAULIDUR RASUL S.A.W






Ahad, 1 Mei 2011 bersamaan 27 Jamadil Awal 1432 H,
Sekolah Agama Taman Desa Jaya telah mengadakan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW. Majlis dimulai
dengan perarakan yang bermula dari perkarangan
Masjid Al Falah melalui sekitar Jalan Lembah menuju
ke SATDJ. Majlis diteruskan dengan jamuan ringan ,
bacaan Al Quran , Marhaban dan Selawat Nabi secara
beramai-ramai. Acara kemuncak ialah ceramah
Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al Ustaz
Ghozahar Bin Ghozi . Majlis diakhiri dengan jamuan
makan tengahari. Sambutan Maulidur Rasul kali ini
diadakan serentak dengan Mesyuarat Agong Badan
Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Walaupun sederhana majlis ini tetap diraikan
meriah kerana turut mendapat sambutan dan
penyertaan dari murid-murid, guru-guru,
AJK BKSATDJ, Ibu bapa, Badan NGO dan
penduduk Taman Desa Jaya.