04 December 2011

SOLAT HAJAT

KHAMIS : Pada 17 November 2011 bersamaan 21 Zulhijjah 1432H, Sekolah Agama Taman Desa Jaya dengan kerjasama Masjid Al Falah telah mengatur dan melaksanakan satu program Solat Hajat bagi murid darjah 6 dan darjah Khas bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung pada bulan Disember tahun ini. Semua murid SATDJ, ibu bapa, guru-guru, Jemaah & ahli kariah Taman Desa Jaya sepakat hadir dan menyempurnakan Program ini. Semoga dengan usaha gigih dan tawakkal semua pihak, diharap murid-murid SATDJ memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka.