08 December 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN

KHAMIS, 5 Disember 2013 - Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya , satu majlis Jamuan Akhir Tahun 1435H/2013M diadakan. Majlis yang diadakan di Dewan Sangkar Kristal LC Catering, Taman Pelangi dihadiri 100 orang termasuk guru-guru, AJK Badan Kebajikan. beserta ahli keluarga masing-masing. Diawal majlis, Ustaz Zuraini memimpin tahlil dan doa selamat diikuti ucapan aluan oleh En.Norasikin, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Semua tetamu yang hadir menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan inisiatif yang dilaksanakan. Selain mengenali ahli keluarga AJK dan guru dengan lebih dekat, majlis ini dirasakan mencapai objektifnya iaitu menjamu selera sambil bertukar-tukar pandangan demi mengukuhkan prestasi Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Diharap usaha ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

07 December 2013

KEM MOTIVASI

 
SABTU, 12 Okt 2013 - Seperti biasa, setiap tahun Sekolah Agama Taman Desa Jaya mengadakan Kem Motivasi kepada murid darjah enam bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Selain teori, amalan praktikal penyembelihan haiwan, pengurusan jenazah dan amalan menunaikan fardu Haji diajar dan dibimbing oleh ustaz dan ustazah bertauliah. Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan dan pemahamam maksimum kepada murid-murid yang bakal mengambil peperiksaan akhir tahun disamping menjadi bekalan kepada mereka yang akan meninggalkan alam persekolahan dan menjalani kehidupan baru dengan lebih bermanfaat dan yakin dalam melaksanakan amalan-amalan fardu kifayah.