19 November 2007

KEM MOTIVASI DARJAH 6








program Kem Motivasi Darjah 6 anjuran bersama Sekolah Agama Taman Desa Jaya & Badan Kebajikan SATDJ telah diadakan selama 3 hari bermula dari hari Sabtu, 17 Nov. 07 hingga Isnin 19 November 07. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta Darjah 6 & darjah khas. Pada hari pertama, murid-murid di sajikan dengan pelbagai aktiviti diantarannya ialah Solat wajib 5 waktu, Solat Hajat & aktiviti pembahagian kumpulan. Hari kedua diadakan pula program Solat Tahajut, kuliah subuh, senaman, ceramah teori & praktikal Ibadah Haji & Umrah oleh Tn.Hj. Mokhtar, Teori & praktikal sembelihan oleh Tn.Hj. Maskob, teori & praktikal Mandi wajib. Pada sebelah malam, ceramah Motivasi oleh Ustaz Maslizam & sesi ceramah motivasi kejayaan oleh 3 orang bekas murid Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Pada hari penutup diadakan kelas Teknik & tip-tip menjawab soalan peperiksaan SDEA oleh Ustaz Md. Fuaize, diikuti dengan acara gotong royong. Majlis perasmian penutup diadakan selepas Solat Zohor. Atucara majlis dimulai dengan kata-kata aluan Pengacara Majlis, Bacaan doa oleh Imam Masjid Jamek Tmn Desa Jaya, Ucapan dari wakil peserta, ucapan guru Besar, ucapan dari Pengerusi Badan Kebajikan SATDJ, ucapan perasmian penutup dari wakil PPAD JB, persembahan peserta Kem Motivasi, penyampaian sijil, hadiah & cenderahati. Majlis selesai pada jam 6.30 petang. Program Kem Motivasi yang banyak memberi manfaat kepada murid-murid ini di harapkan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

31 October 2007

Majlis Konvokesyen & Sambutan Hari Raya




Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke 2 ( 2006) &
Sambutan Hari Raya Aidilfitri SATDJ telah berjaya

diadakan pada hari Ahad, 28 Oktober 2007 bersamaan
16 Syawal 1428 H , mulai jam 2.30 petang hingga
5.00 petang. Majlis telah dimulai dengan pendaftaran
pelajar & tetamu. Bacaan Doa telah dibacakan oleh
adik Mohd. Luqmanul Hakim Bin Mohd Zin, murid
Darjah Khas 2007. Majlis diteruskan dengan nyanyian
lagu negaraku, lagu Negeri Johor & lagu Sekolah. Pelajar
Darjah Khas 2007 tidak ketinggalan untuk menyumbangkan
beberapa lagu nasyid. Ucapan alu-aluan telah disampaikan
oleh Ustaz Abd. Razak Bin Jantan, guru besar Sekolah
Agama Taman Desa Jaya, diikuti dengan ucapan oleh
En Ramli Bin Ahmad Dahlan, Pengerusi Badan Kebajikan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Majlis konvokesyen
ini dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Agama Daerah
Johor Bahru. Seramai 64 orang murid menerima sijil
Konvokesyen Darjah Khas 2006 yang terdiri daripada
14 murid mendapat pangkat 1, 37 murid pangkat 2
dan 13 murid pangkat 3. seterusnya 45 murid adalah
penerima sijil Akuan Belajar Darjah Khas. Acara
diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada
murid paling cemerlang iaitu adik Nur Sabrina Binti Hasri
yang mendapat pangkat satu dengan agreget 12. Syabas
diucapkan kepada adik Nur Sabrina, iaitu satu-satunya
anak tunggal kepada En Hasri Bin Ali dari 29 Jalan
Danau 5 Taman Desa Jaya. Cenderahati juga di
sampaikan kepada Penyelia pendidikan Agama
Daerah Johor Bahru yang sudi hadir & merasmikan
Majlis konvokesyen tersebut. Majlis diserikan lagi
dengan Jamuan Hari Raya. pelbagai juadah dihidangkan
termasuk ketupat, rendang, kuih-muih, buah-buahan
& lain-lain. Semoga ramai lagi Nur Sabrina dilahirkan
oleh Sekolah Agama Taman Desa Jaya pada masa-masa
akan datang.....Insyallah.



26 October 2007

KONVOKESYEN & SAMBUTAN HARI RAYA



Sekolah Agama Taman Desa Jaya akan mengadakan Majlis
Konvokesyen Darjah Khas kali kedua ( 2006 ) dan Majlis
sambutan hari Raya aidilfitri SATDJ pada : -
Hari : Ahad
Tarikh : 28 Oktober 2007 bersamaan 16 Syawal 1428H
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Pengerusi dan semua jawatan kuasa Badan Kebajikan
SATDJ JB adalah di jemput hadir bagi memeriahkan lagi
majlis tersebut.

02 October 2007

RAMADHAN & SYAWAL.





Selamat menunaikan ibadah puasa dan
selamat menyambut Hari Raya diucapkan
kepada seluruh ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan,
guru-guru & sekelian murid Sekolah Agama Taman
Desa Jaya. Berhati-hati di jalanraya semasa balik
ke kampung masing-masing.

14 September 2007

GOTONG ROYONG

Pada hari Ahad, 09 September 2007 mulai jam 8.30 pagi
pihak Sekolah Agama Taman Desa Jaya dengan kerjasama
Badan Kebajikan telah mengadakan majlis gotong royong
bagi membaiki dan membail pulih peralatan sekolah

terutamanya kerusi meja dan tingkap setiap kelas.
Selain itu gotong royong membersihkan persekitaran
sekolah turut diadakan. Ramai para guru, ibu bapa,
penduduk setempat dan murid-murid bersatu hati dan
tenaga menghadiri program gotong royong ini.
Program gotong royong ini juga diadakan di beberapa

premis seperti Masjid Taman Desa Jaya dan Taman
Permainan Jalan Danau. Kerjasama dan sikap prihatin
semua guru, murid, ibu bapa, badan-badan NGO dan
penduduk setempat pelu di puji dan di jadikan
asas kecemerlangan Sekolah, Masjid, Perumahan

Taman Desa Jaya dan negara amnya.

13 August 2007

BERITA SEDIH

Pada bulan ini, badan Kebajikan menerima beberapa
berita yang menyedihkan iaitu 1) Anak lelaki En. Zaidi
Bin Kadir yang baru berusia 1 tahun mengalami sakit

"Angin Pasang" dan difahamkan perlu menjalani
pembedahan segera untuk menyelamatkannya.
Manakala berita sedih berikutnya ialah Pengerusi
Badan Kebajikan iaitu En. Ramli Bin Hj. Ahmad Dahlan
kehilangan sebuah kereta Iswara warna kuning emas ,
JHN4725 pada petang Ahad 12 Ogos 07. Sesiapa yang
ternampak kereta tersebut bolehlah menghubungi
beliau 019-7285362 atau hubungi terus Balai Polis berdekatan.
Marilah kita semua mendoakan agar Anak En. Zaidi
Pulih segera & kereta En.Ramli dijumpai semula.......Amin.
Sesiapa yang berhajat menghulurkan bantuan, bolehlah
menghubungi terus En. Zaidi dan En. Ramli.

26 July 2007

PERTANDINGAN



Satu Majlis pertandingan Kompang & Nasyid
antara murid-muriD Sekolah Agama dari Zon 1
telah diadakan di Sekolah Agama Dato Abdullah Esa,
Kampung Melayu pada 14 Julai 2007 mulai dari jam
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Selain dari itu,
terdapat juga pelbagai aktiviti yang dijalankan
termasuk Tilawah Al Quran, Berzanzi, Tahfiz,
Seni Khat, Forum antara guru-guru Zon 1. Sekolah
Agama Taman Desa Jaya telah menghantar 2
kumpulan iaitu Kumpulan Kompang & Nasyid
yang diketuai oleh Ustazah Rosnani Bt Hashim.
Murid-murid yang mengambil bahagian terdiri
daripada murid-murid dari darjah 4, 5 dan 6.
Pertandingan Nasyid telah di juarai oleh Sekolah
Agama Dato Abdullah Esa, Kedua dari Sekolah
Agama Dato Onn dan tempat ketiga dari sekolah
Agama Taman Desa Cemerlang. Walaupun tewas
dalam semua acara yang dipertandingkan, pujian
harus diberikan kepada Sekolah Agama
Taman Desa Jaya kerana penyertaan dan
komitmen yang amat baik telah diberikan antara
murid dan guru-guru. Insyallah ,
cuba lagi pada tahun hadapan.....
" NO PAIN, NO GAIN ".






16 July 2007

ALBUM ( KELAS )

*****Kelas 6 Firdaus - Ustazah Zanariah

******Kelas 1 Firdaus - Ustazah Mariam
***** Kelas 4 Firdaus - Ustazah Rosnani

*****Kelas 3 Adnin - Ustazah Hadawati

*****Kelas 2 Firdaus - Ustazah Shariffah