06 April 2009

MAULIDUR RASUL 1430H
















Majlis Maulidur Rasul anjuran bersama
Jawatankuasa Masjid Jamek Taman Desa Jaya,
Sekolah Agama Taman Desa Jaya & Badan-Badan
NGO telah diadakan pada hari Sabtu 04.04.2009
bersamaan 8 Rabiulakhir 1430 Hijrah . Sambutan
Maulidur Rasul ini telah diadakan dengan rasa
penuh rasa kesyukuran & keinsafan. Komitmen
& kerjasama yang ditunjukkan oleh gabungan
penduduk setempat amatkan menggalakkan.
Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat,
perarakan di sekitar Taman Desa Jaya,
jamuan, persembahan pentas oleh Murid-murid
Tabika Kemas & diakhiri dengan Perujian bacaan
berzanji oleh murid-murid Sekolah Agama Taman
Desa Jaya. Pada sebelah malam, majlis dimulai
dengan Solat Maghrib berjemaah, persembahan
berzanji oleh Ahli Jawatankusa Masjid Jamek &
disusuli dengan solat Isyak berjemaah. Acara
kemuncak Majlis sambutan Maulidur Rasul ini
ialah penyampaian syarahan & ceramah oleh
Ustaz Mohamad Farid Ravi Bin Abdullah iaitu
salah seorang penceramah yang tersohor di
Malaysia ini. Beliau telah mengupas tentang
keperibadian Nabi Muhammad SAW untuk
kita ikuti di zaman ini. Semoga Majlis Sambutan
memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad
ini memberikan natijah murni kepada keperibadian
umatnya di muka bumi ini...............Insyallah.

HOW TO PRAY

10 March 2009

MAJLIS PERTUKARAN & PENYERAHAN TUGAS
















































































Sempena pertukaran guru besar, Jawatankuasa
BKSATDJ dan Majlis guru-guru SATDJ telah
mengadakan satu majlis perpisahan untuk
Ustaz Razak Bin Jantan yang telah bertukar ke
Sekolah Agama Bandar Ulu Tiram . Majlis juga
meraikan kehadiran Ustazah Hajjah Kamaliah
binti Kalil yang melaporkan diri sebagai guru
besar baru di Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Acara kemuncak majlis ialah penyampaian
cenderahati kepada Ustaz Razak. Semua murid,
guru & Ahli Jawatankuasa BKSATDJ
mengucapkan selamat maju jaya & success
selalu kepada kedua-dua guru berkenaan.

06 November 2008

KEM MOTIVASI DARJAH 6

Kem Motivasi SDEA anjuran bersama Sekolah
Agama Taman Desa Jaya & Badan Kebajikan SATDJ
telah diadakan selama 3 hari bermula dari hari
Jumaat Hingga Ahad ( 24-26 Oktober 2008 ).
Pengisian & Penyampaian ilmu yang disampaikan
secara teori & praktikal oleh fasilitator/Penceramah
bertauliah seperti Program Kembara Jati Diri,
Motivasi Pelajar, Teknik menjawab soalan,
Modal Insan , Muhasabah diri, Amalan Penyembelihan,
Umrah & Haji amat mengesankan dihati murid-murid.
Pada hari terakhir Kem Motivasi , acara penyampaian
sijil penyertaan dan sijil penghargaan telah disampaikan
oleh Pengerusi BKSATDJ.

SLIDE SHOW - KEM MOTIVASI

Visit www.moblyng.com to make your own!

Waktu Solat







Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide

Country:


03 November 2008

PROGRAM KIBLATKU
































































































Satu program khas penandaan arah kiblat yang
dikenali sebagai “Program Kiblatku” anjuran
bersama Badan Kebajikan SATDJ, Majlis guru-guru
SATDJ & Jabatan Mufti Johor telah berjaya diadakan
sebanyak 2 sesi iaitu pada hari Ahad 19 Oktober 2008 /
19 Syawal 1429 dan hari Rabu 22 Oktober 2008.
Majlis didahului dengan bacaan doa, ucapan aluan
Guru Besar, ucapan Timbalam Pengerusi BKSATDJ &
Sesi Taklimat oleh wakil dari Jabatan Mufti Negeri Johor.
Sebanyak 23 buah rumah telah diletakkan penandaan
arah kiblat pada sesi pertama manakala 35 buah rumah
pada sesi kedua. Program Kiblatku ini mendapat sambutan
yang amat baik dari penduduk setempat & diharapkan agar
dapat diperluaskan lagi ke tempat-tempat lain, insyallah.

MAJLIS KONVOKESYEN DARJAH KHAS



Majlis Konvokesyen Darjah Khas Sekolah Agama Taman
Desa Jaya untuk kali ke 3 bagi tahun 2007 telah berjaya
diadakan pada hari Ahad 12 Oktober 2008 / 12 Syawal 1429
di Dewan Utama SATDJ. Majlis yang dimulakan pada jam
8.00 pagi didahului dengan bacaan doa, nyanyian lagu
Negaraku, lagu Negeri Johor & lagu Sekolah. Acara majlis
diteruskan dengan persembahan Nasyid, Berzanji, Marhaban,
Syarahan Bahasa Arab oleh guru & pelajar Darjah Khas 2007.
Seterusnya ialah ucapan aluan oleh guru besar SATDJ, ucapan
Pengerusi BKSATDJ & ucapan Perasmian oleh Tuan Hj Sulaiman
Mohd Amin ( PPADJB ). Acara kemuncak ialah penyampaian
Sijil Konvokesyen , penyampaian cenderahati & jamuan Hari
Raya. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan
khas dari PPADJB, Jawatankuasa BKSATDJ, guru-guru,
murid-murid, ibu bapa & penduduk setempat.

26 September 2008

SELAMAT HARI RAYA



Jika ada siang, pasti ada malam
Jika ada hitam, pasti ada putih
Jika ada kesalahan, pasti ada maaf
Dalam perjalanan hidup ini kita sempat bertemu
Kemudian berpisah seiring dengan waktu
Bila selama kita seiring jalan ada seteru
Saya hulur maaf dan keredhaan
untuk itu Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena mena
TERmacam macam lagi yang kena mengena
Semoga dimaafkan Jua
"Selamat Hari Raya"
Maaf Zahir dan Batin.

12 September 2008

RAMADHAN AL MUBARAK





Selamat menyempurnakan ibadah puasa diucapkan
kepada semua Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah
Agama Taman Desa Jaya, Guru-guru Sekolah , petugas
& murid-murid sekelian. Semoga Ramadhan yang kita
tempohi ini dilimpahi keberkatan.