31 October 2007

Majlis Konvokesyen & Sambutan Hari Raya




Majlis Konvokesyen Darjah Khas Kali ke 2 ( 2006) &
Sambutan Hari Raya Aidilfitri SATDJ telah berjaya

diadakan pada hari Ahad, 28 Oktober 2007 bersamaan
16 Syawal 1428 H , mulai jam 2.30 petang hingga
5.00 petang. Majlis telah dimulai dengan pendaftaran
pelajar & tetamu. Bacaan Doa telah dibacakan oleh
adik Mohd. Luqmanul Hakim Bin Mohd Zin, murid
Darjah Khas 2007. Majlis diteruskan dengan nyanyian
lagu negaraku, lagu Negeri Johor & lagu Sekolah. Pelajar
Darjah Khas 2007 tidak ketinggalan untuk menyumbangkan
beberapa lagu nasyid. Ucapan alu-aluan telah disampaikan
oleh Ustaz Abd. Razak Bin Jantan, guru besar Sekolah
Agama Taman Desa Jaya, diikuti dengan ucapan oleh
En Ramli Bin Ahmad Dahlan, Pengerusi Badan Kebajikan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Majlis konvokesyen
ini dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Agama Daerah
Johor Bahru. Seramai 64 orang murid menerima sijil
Konvokesyen Darjah Khas 2006 yang terdiri daripada
14 murid mendapat pangkat 1, 37 murid pangkat 2
dan 13 murid pangkat 3. seterusnya 45 murid adalah
penerima sijil Akuan Belajar Darjah Khas. Acara
diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada
murid paling cemerlang iaitu adik Nur Sabrina Binti Hasri
yang mendapat pangkat satu dengan agreget 12. Syabas
diucapkan kepada adik Nur Sabrina, iaitu satu-satunya
anak tunggal kepada En Hasri Bin Ali dari 29 Jalan
Danau 5 Taman Desa Jaya. Cenderahati juga di
sampaikan kepada Penyelia pendidikan Agama
Daerah Johor Bahru yang sudi hadir & merasmikan
Majlis konvokesyen tersebut. Majlis diserikan lagi
dengan Jamuan Hari Raya. pelbagai juadah dihidangkan
termasuk ketupat, rendang, kuih-muih, buah-buahan
& lain-lain. Semoga ramai lagi Nur Sabrina dilahirkan
oleh Sekolah Agama Taman Desa Jaya pada masa-masa
akan datang.....Insyallah.



26 October 2007

KONVOKESYEN & SAMBUTAN HARI RAYA



Sekolah Agama Taman Desa Jaya akan mengadakan Majlis
Konvokesyen Darjah Khas kali kedua ( 2006 ) dan Majlis
sambutan hari Raya aidilfitri SATDJ pada : -
Hari : Ahad
Tarikh : 28 Oktober 2007 bersamaan 16 Syawal 1428H
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Pengerusi dan semua jawatan kuasa Badan Kebajikan
SATDJ JB adalah di jemput hadir bagi memeriahkan lagi
majlis tersebut.

02 October 2007

RAMADHAN & SYAWAL.





Selamat menunaikan ibadah puasa dan
selamat menyambut Hari Raya diucapkan
kepada seluruh ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan,
guru-guru & sekelian murid Sekolah Agama Taman
Desa Jaya. Berhati-hati di jalanraya semasa balik
ke kampung masing-masing.

14 September 2007

GOTONG ROYONG

Pada hari Ahad, 09 September 2007 mulai jam 8.30 pagi
pihak Sekolah Agama Taman Desa Jaya dengan kerjasama
Badan Kebajikan telah mengadakan majlis gotong royong
bagi membaiki dan membail pulih peralatan sekolah

terutamanya kerusi meja dan tingkap setiap kelas.
Selain itu gotong royong membersihkan persekitaran
sekolah turut diadakan. Ramai para guru, ibu bapa,
penduduk setempat dan murid-murid bersatu hati dan
tenaga menghadiri program gotong royong ini.
Program gotong royong ini juga diadakan di beberapa

premis seperti Masjid Taman Desa Jaya dan Taman
Permainan Jalan Danau. Kerjasama dan sikap prihatin
semua guru, murid, ibu bapa, badan-badan NGO dan
penduduk setempat pelu di puji dan di jadikan
asas kecemerlangan Sekolah, Masjid, Perumahan

Taman Desa Jaya dan negara amnya.

13 August 2007

BERITA SEDIH

Pada bulan ini, badan Kebajikan menerima beberapa
berita yang menyedihkan iaitu 1) Anak lelaki En. Zaidi
Bin Kadir yang baru berusia 1 tahun mengalami sakit

"Angin Pasang" dan difahamkan perlu menjalani
pembedahan segera untuk menyelamatkannya.
Manakala berita sedih berikutnya ialah Pengerusi
Badan Kebajikan iaitu En. Ramli Bin Hj. Ahmad Dahlan
kehilangan sebuah kereta Iswara warna kuning emas ,
JHN4725 pada petang Ahad 12 Ogos 07. Sesiapa yang
ternampak kereta tersebut bolehlah menghubungi
beliau 019-7285362 atau hubungi terus Balai Polis berdekatan.
Marilah kita semua mendoakan agar Anak En. Zaidi
Pulih segera & kereta En.Ramli dijumpai semula.......Amin.
Sesiapa yang berhajat menghulurkan bantuan, bolehlah
menghubungi terus En. Zaidi dan En. Ramli.

26 July 2007

PERTANDINGAN



Satu Majlis pertandingan Kompang & Nasyid
antara murid-muriD Sekolah Agama dari Zon 1
telah diadakan di Sekolah Agama Dato Abdullah Esa,
Kampung Melayu pada 14 Julai 2007 mulai dari jam
8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Selain dari itu,
terdapat juga pelbagai aktiviti yang dijalankan
termasuk Tilawah Al Quran, Berzanzi, Tahfiz,
Seni Khat, Forum antara guru-guru Zon 1. Sekolah
Agama Taman Desa Jaya telah menghantar 2
kumpulan iaitu Kumpulan Kompang & Nasyid
yang diketuai oleh Ustazah Rosnani Bt Hashim.
Murid-murid yang mengambil bahagian terdiri
daripada murid-murid dari darjah 4, 5 dan 6.
Pertandingan Nasyid telah di juarai oleh Sekolah
Agama Dato Abdullah Esa, Kedua dari Sekolah
Agama Dato Onn dan tempat ketiga dari sekolah
Agama Taman Desa Cemerlang. Walaupun tewas
dalam semua acara yang dipertandingkan, pujian
harus diberikan kepada Sekolah Agama
Taman Desa Jaya kerana penyertaan dan
komitmen yang amat baik telah diberikan antara
murid dan guru-guru. Insyallah ,
cuba lagi pada tahun hadapan.....
" NO PAIN, NO GAIN ".






16 July 2007

ALBUM ( KELAS )

*****Kelas 6 Firdaus - Ustazah Zanariah

******Kelas 1 Firdaus - Ustazah Mariam
***** Kelas 4 Firdaus - Ustazah Rosnani

*****Kelas 3 Adnin - Ustazah Hadawati

*****Kelas 2 Firdaus - Ustazah Shariffah

23 June 2007

Hari Terbuka & Hari Keusahawanan

Sekolah Agama Taman Desa Jaya telah mengadakan
Hari Terbuka & Hari Keusahawanan pada hari Khamis,
21 Jun 2007 mulai dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang.
Ramai ibubapa yang hadir meluangkan masa untuk

bertemu guru- guru bagi mendapatkan maklumat
terperinci mengenai pelajaran anak masing-masing
selain dari mengambil buku penyata kemajuan murid-murid.
Ramai juga usahawan dijemput mengadakan gerai jualan
sempena hari keusahawanan yang diadakan di ruangan
tempat letak kereta Sekolah. Diantara gerai yang mendapat
tumpuan hadirin ialah gerai jualan buku & kitab, gerai
barangan perhiasan selain dari gerai jualan pelbagai
makanan & minuman. Sambutan yang menggalakkan ini
menjadikan aktiviti ini akan diteruskan pada tahun-tahun
yang akan datang.........insyallah.

11 June 2007

Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada
semua murid-murid Sekolah Agama Taman Desa
Jaya. Semoga semuanya lebih bersemangat melalui
penggal kedua persekolahan ini.

03 June 2007

Cuti Sekolah

Selamat bercuti diucapkan kepada
semua murid-murid Sekolah Agama
Taman Desa Jaya. Penuhi masa cuti anda
dengan perkara-perkara berfaedah.....
Membaca, bersukan atau pergi melancong.........

17 May 2007

Selamat Hari Guru

Semua ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah
Agama Taman Desa Jaya ingin mengambil kesempatan
disini untuk mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada
semua guru yang mengajar di Sekolah Agama
Taman Desa Jaya khasnya dan semua guru di Malaysia amnya.
Sekali lagi " Selamat Hari Guru".

05 May 2007

Sekapur sirih

Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh beberapa orang guru dan ibubapa . Berikut adalah senarai lengkap bekas Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya bermula dari : -

1. En Wan Hamzah Bin Wan A.Aziz ( 1997 )

2. En. Ahmad Tarmizi Bin Mukhtar ( 1998 - 2002 )

3. En. Mustafa Bin Abdul Samad ( 2002 - 2006 )

Sekarang ini badan kebajikan di pengerusikan oleh :

En. Ramli Bin Ahmad Dahlan ( 2006 - 2008 ).

Mesyuarat J/kuasa BKSATDJ ke 2/2007

Mesyuarat JawatanKuasa Badan Kebajikan Sekolah
Agama Taman Desa Jaya kali ke 2/2007 telah
diadakan pada hari Khamis,3 Mei 2007 bertempat
di bilik mesyuarat Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Mesyuarat telah dihadiri oleh 15 Ahli JawatanKuasa
Badan yang dipengerusikan oleh En. Ramli Bin Ahmad Dahlan.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : -
1. Bacaan doa oleh Ustaz Razak Bin Jantan
2. Ucapan Pengerusi.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan & mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
5. Pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Jan. 2007
oleh Ustazah Hatijah Binti Sabami.
6. Post Moterm Mesyuarat Agong ke 10 ( 2007) .
7. Post Morterm Maulidurasul SATDJ. ( 2007 )
8. Konvokesyen Darjah Khas ( Sesi 2006 ).
9. Hal-hal lain.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama
Taman Desa Jaya kali ke 2 ini ditangguhkan pada jam 11.15 malam.

03 May 2007