21 September 2010

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

01 March 2010

















Mesyuarat Jawatankuasa BKSATDJ & Sesi
Ta’aruf telah diadakan pada hari Rabu, 24 Februari
2010 di Dewan Sekolah Agama TDJ mulai Jam 8.00
malam. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa &
diikuti Sesi memperkenalkan 2 orang guru baru
iaitu Ustazah Nur Kisah dan Ustazah Nur LailI
Bt Hassan. En. Tarmizi turut diundang khas untuk
menerangkan status pembinaan Susur Gajah.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai
persiapan untuk mengadakan majlis Maulidur
Rasul & Mesyuarat Agong BKSATDJ.

27 May 2009

MESYUARAT AGONG BKSATDJ
















Mesyuarat Agong BKSATDJ kali ke 12 telah
diadakan di dewan SATDJ pada hari Ahad,
24 Mei 2009 bersamaan 29 Jamadilawal 1430 H.
Mesyuarat dimulakan dengan Bacaan doa,
Bacaan Al Quran, Ucapan aluan oleh Guru
Besar SATDJ, Ucapan oleh Pengerusi BKSATDJ ,
Ucapan Perasmian oleh En. Abdul Latiff Bin Hj.Bandi
( Timbalan YDP Persatuan Kontraktor Melayu
Malaysia, Negeri Johor ). Majlis diteruskan
Dengan acara persembahan bercerita &
Nasyid oleh murid-murid TAJ & Pentomin oleh
murid-murid Darjah 3 . Majlis penyampaian
Anugerah Pelajar Cemerlang turut diselitkan
sebelum bermulanya Mesyuarat. Mesyuarat
Agong BKSATDJ telah berjalan dengan lancar
dan diakhiri dengan cabutan kehadiran bertuah.

04 May 2009

Mesyuarat Khas - Persiapan Mesyuarat Agong




Satu Mesyuarat khas bagi persiapan
Mesyuarat Agong telah diadakan di Bilik
Mesyuarat
SATDJ pada hari Rabu, 29 April 2009 .
Mesyuarat kali ini telah memfokuskan kepada
persiapan mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 12
dan penyampaian Anugerah Cemerlang yang akan
diadakan pada hari Ahad 24 Mei 2009. Mesyuarat
kali ini juga telah diselitkan dengan acara memperkenalkan
guru agama yang baru iaitu Ustaz Zuraini. Beliau
sebelum ini mengajar di Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau
& telah melaporkan diri di SATDJ mulai 1 April 2009.
Seluruh warga SATDJ & Jawatankuasa BKSATDJ
mengalu-alukan kedatangan beliau & mengucapkan
selamat maju jaya.

06 April 2009

MAULIDUR RASUL 1430H
















Majlis Maulidur Rasul anjuran bersama
Jawatankuasa Masjid Jamek Taman Desa Jaya,
Sekolah Agama Taman Desa Jaya & Badan-Badan
NGO telah diadakan pada hari Sabtu 04.04.2009
bersamaan 8 Rabiulakhir 1430 Hijrah . Sambutan
Maulidur Rasul ini telah diadakan dengan rasa
penuh rasa kesyukuran & keinsafan. Komitmen
& kerjasama yang ditunjukkan oleh gabungan
penduduk setempat amatkan menggalakkan.
Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat,
perarakan di sekitar Taman Desa Jaya,
jamuan, persembahan pentas oleh Murid-murid
Tabika Kemas & diakhiri dengan Perujian bacaan
berzanji oleh murid-murid Sekolah Agama Taman
Desa Jaya. Pada sebelah malam, majlis dimulai
dengan Solat Maghrib berjemaah, persembahan
berzanji oleh Ahli Jawatankusa Masjid Jamek &
disusuli dengan solat Isyak berjemaah. Acara
kemuncak Majlis sambutan Maulidur Rasul ini
ialah penyampaian syarahan & ceramah oleh
Ustaz Mohamad Farid Ravi Bin Abdullah iaitu
salah seorang penceramah yang tersohor di
Malaysia ini. Beliau telah mengupas tentang
keperibadian Nabi Muhammad SAW untuk
kita ikuti di zaman ini. Semoga Majlis Sambutan
memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad
ini memberikan natijah murni kepada keperibadian
umatnya di muka bumi ini...............Insyallah.