08 December 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN

KHAMIS, 5 Disember 2013 - Dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya , satu majlis Jamuan Akhir Tahun 1435H/2013M diadakan. Majlis yang diadakan di Dewan Sangkar Kristal LC Catering, Taman Pelangi dihadiri 100 orang termasuk guru-guru, AJK Badan Kebajikan. beserta ahli keluarga masing-masing. Diawal majlis, Ustaz Zuraini memimpin tahlil dan doa selamat diikuti ucapan aluan oleh En.Norasikin, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Semua tetamu yang hadir menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan inisiatif yang dilaksanakan. Selain mengenali ahli keluarga AJK dan guru dengan lebih dekat, majlis ini dirasakan mencapai objektifnya iaitu menjamu selera sambil bertukar-tukar pandangan demi mengukuhkan prestasi Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Diharap usaha ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

07 December 2013

KEM MOTIVASI

 
SABTU, 12 Okt 2013 - Seperti biasa, setiap tahun Sekolah Agama Taman Desa Jaya mengadakan Kem Motivasi kepada murid darjah enam bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Selain teori, amalan praktikal penyembelihan haiwan, pengurusan jenazah dan amalan menunaikan fardu Haji diajar dan dibimbing oleh ustaz dan ustazah bertauliah. Objektif utama adalah untuk memberi pendedahan dan pemahamam maksimum kepada murid-murid yang bakal mengambil peperiksaan akhir tahun disamping menjadi bekalan kepada mereka yang akan meninggalkan alam persekolahan dan menjalani kehidupan baru dengan lebih bermanfaat dan yakin dalam melaksanakan amalan-amalan fardu kifayah.
 
 
                       
 
  
 
 
  
 

11 February 2013

MAULIDUR RASUL

RABU, 3 JAN 2013 - Mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya kali pertama tahun 2013 memutuskan untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul secara anjuran bersama dengan Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad pada hari Ahad, 24 Februari 2013M bersamaan 13 Rabiul Akhir 1434H. Majlis sambutan  dirancang untuk diadakan pada 2 sesi iaitu pada sesi pagi dengan acara perarakan, persembahan Qasidah, Khatam Al-Quran dan jamuan manakala sesi malam dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat - Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad, Solat Isyak berjemaah, ucapan Pengerusi Masjid dan disusuli dengan acara kemuncak Majlis iaitu Ceramah Agama oleh Uztaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang. Semua murid, guru-guru dan ibu bapa adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini.

15 October 2012

KONVOKESYEN DARJAH KHAS

AHAD, 14 OKTOBER - Majlis Konvokesyen darjah Khas sesi 2010 / 2011 kali ke 5 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Hikmah Sekolah Agama Taman Desa Jaya pada 28 Zulkaedah 1433H. Majlis dirasmikan oleh Hj Mohd Fauzi bin Hj Arsad, Pegawai Pendidikan Agama daerah Johor Bahru. Majlid dimulai dengan bacaan doa dan diikuti Asmaul Husna / nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Puan Hajjah Kamaliah binti Khalil, guru besar SATDJ dan En Norasikin Hassim, Pengerusi Badan Kebaijikan SATDJ berucap mengalu-alukan kehadiran semua para-tetamu sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Hj.Mohd Fauzi. Majlis Konvokesyen diakhiri dengan sesi bergambar.