22 January 2012

MESYUARAT 2012


JUMAAT – Mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya kali Pertama bagi tahun 2012 telah diadakan pada 20 Januari 2012 bersamaan 26 Safar 1433H di Dewan Sekolah mulai jam 9.00 malam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BKSATDJ, En Sunawan B Surip. Pengerusi BKSATDJ, En Norasikin B Hashim tidak dapat menghadiri mesyuarat ini kerana balik ke kampungnya sempena cuti am. Mesyuarat kali ini diselitkan juga dengan Majlis Suai Kenal iaitu memperkenalkan 6 orang guru baharu yang melaporkan diri di Sekolah ini sejak awal tahun 2012. Guru-guru tersebut  ialah Ustaz  Mohamed Muzaffarr b Mohamed Dali, Uztazah Normala bt Daimon, Ustazah Norafiza bt Kamaruzaman, Ustazah Mazatunasmah bt Sa’adun, Ustazah Noor Rushsmshina bt Zainor dan Ustazah Suriaty bt Kamsan. En Sunawan mewakili Jawatankuasa BKSATDJ turut merakamkan ucapan selamat maju jaya dan terima kasih kepada bekas ahli jawatankuasa/guru yang bertukar ke Sekolah Agama yang lain  bermula tahun ini. Guru yang terlibat dengan pertukaran ini termasuklah Ustazah Hajah Zaharah bt Osman, Ustazah Shariffah bt Saidin, Ustazah Samiah bt Hussain, Ustazah Hatijah bt Sabami dan Ustazah Hadawati bt Yaacob. Seluruh jawatankuasa BKSATDJ dan warga Sekolah Agama TDJ mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang telah bertukar dan selamat datang kepada guru baharu.