16 April 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Baru BKSATDJ Sesi (2008-2010)



Mesyuarat Jawatankuasa baru BKSATDJ
kali pertama untuk sesi 2008-2010 telah
diadakan pada hari Selasa, 15 April 2008
di Bilik Mesyuarat SATDJ mulai jam 8.30 malam
hingga 11.30 malam. En. Norashikin Bin Hashim,
Pengerusi BKSATDJ yang baru telah mempengerusikan
mesyuarat tersebut. Hampir 25 orang ahli telah
menghadirinya. Komitmen dan semangat yang
dipamerkan oleh semua ahli amat memberangsangkan.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : -
1) Ucapan pengerusi BKSATDJ.
2) Suai kenal Jawatankuasa baru BKSATDJ (Sesi 2008-2010)
3) Membentang/mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
4) Perkara berbangkit
5) Membentang/mengesahkan laporan kewangan yang lalu.
6) Lain-lain hal : -
6.1) Penama akaun & enakmen BKSATDJ
6.2) Takwim BKSATDJ & SATDJ
6.3) Maulidurasul
6.4) Perkara lain.
7) Post Morterm Mesyuarat Agong.

15 April 2008

Mesyuarat Agong Kali Ke 11























Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sekolah Agama
Taman Desa Jaya telah diadakan pada hari Ahad, 30 Mac 2008
di Dewan Sekolah Agama Taman Desa Jaya mulai jam 8.00 pagi
hingga 2.00 petang. Seramai lebih kurang 300 orang tetamu
termasuk para guru, murid, ibu bapa & jemputan khas hadir
ke Mesyuarat tersebut. Aturcara majlis adalah seperti berikut : -
A) Pendaftaran,
B) Bacaan Doa,

C) Bacaan Al Quran,
D) Ucapan Aluan oleh Guru Besar SATDJ, Ustaz Abd. Razak Bin Jantan,
E ) Ucapan Pengerusi Badan Kebajikan SATDJ, En. Ramli
Bin Hj.Ahmad Dahlan,
F ) Ucapan oleh Wakil PPADJB, Uztaz Tn.Hj. Sulaiman Bin Mohd Amin
G ) Ucapan & Perasmian Mesyuarat oleh Ahli Majlis MPJBT,
Y.Bhg.Puan Hjh.Norainee Binti Dato' Ibrahim.
H ) Persembahan Nasyid pelajar SATDJ.
I ) Penyampaian cenderahati & sijil kepada jawatankuasa BKSATDJ,
J ) Mesyuarat Agong Ke 11 di mulakan,
K ) Jamuan diedarkan,
L) Penyampaian hadiah pelajaran 2007,
M) Cabutan kehadiran bertuah,
N) Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.
Senarai Jawatankuasa baru Badan Kebajikan SATDJ

sesi 2008-2010 adalah seperti berikut : -
1. Pengerusi : En. Norashikin Bin Hashim.
2. Naib Pengerusi : En. Roslan Bin Bokhari
3. Setiausaha : Ustaz Abd. Razak Bin Jantan
4. Pen. S/usaha : Ustazah Hjh.Zaharah Binti Osman.
5. Bendahari : Ustazah Zanariah Binti Hussin.
6. Ahli J/kuasa : En. Rohaizad Bin Wahab
7. Ahli J/kuasa : En. Rahmad Bin Iskandar.
8. Ahli J/kuasa : Dr. Yuslina Binti M.Yusof
9. Ahli J/kuasa : Ustazah Shariffah Binti Saidin.
10. Ahli J/kuasa : Ustazah Samiah Binti Hussein
11. Ahli J/kuasa : Ustazah Norazura Binti Mohsin.
12. Ahli J/kuasa : Pn. Safiah Binti Ibrahim.
13. Ahli J/kuasa : En. Isa Bin Amri.
14. Ahli J/kuasa : En. Jamaludin Bin Ali
15. Pemeriksa kira-kira 1 : En. Abdul Raziz Bin Omar.
16. Pemeriksa kira-kira 2 : Ustazah Hatijah Binti Sabami
17. Pemegang Amanah : En. Rosly Bin Ahmad
18. Pemegang Amanah : Pn. Hartini Binti Md Hisham
19. Pemegang Amanah : Ustazah Hadawati Binti Yaacob.