15 April 2012

MESYUARAT AGONG KALI KE 15

JUMAATMesyuarat Agong  Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Desa Jaya kali ke 15 dan Anugerah Cemerlang Pelajar Tahun 2011 telah diadakan pada hari Ahad, 01 April 2012 bersamaan 09 Jamadilawal 1433H.  Mesyuanat yang diadakan di Dewan Al Hikmah telah dirasmikan oleh Senator Khoo Soo Seng,  Ahli Dewan Negara yang mewakili YB Teng Boon Soon, Ahli Parlimen Kawasan Tebrau. Pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa baru untuk sesi 2012 - 2014 turut diadakan. Pemilihan AJK baru kali ini menyaksikan sebahagian besar AJK lama dikekalkan untuk meneruskan  tanggungjawab yang diamanahkan sehingga 2014. Seramai 84 murid ( 6 dari TAJ, 15 darjah 1, 12 darjah 2, 12 darjah 3, 18 darjah 4, 12 darjah 5 dan 9 darjah 6 ) menerima  Anugerah Cemerlang Pelajar Tahun 2011 manakala 6 orang pelajar menerima hadiah bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab TerbaikTahniah diucapkan kepada AJK baru BKSATDJ dan syabas kepada pelajar-pelajar cemerlang. Acara cabutan kehadiran bertuah mengakhiri majlis ini.