19 February 2012

JUMAAT – Sekolah Agama TDJ dengan kerjasama Badan Kebajikan SATDJ mengadakan Majlis Keraian Pertukaran Guru-Guru dan perancangan Mesyuarat Agong Badan Kebajikan kali keempat . Pengacara majlis pada malam itu ialah Ustazah Norlaili Bt Hassan. Majlis yang diadakan pada 17 Januari 2012 bersamaan 25 RabiulAwal 1433H ini dimulai dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ustazah Hajjah Kamaliah bt Kallil, gurubesar Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Ustazah Shariffah bt Saidin diberi penghormatan menyampaikan ucapan bagi mewakili guru-guru yang bertukar. Beliau menyampaikan salam sayang dan rindu kepada pelajar-pelajarnya disamping meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama-sama murid disaat akhir pertukarannya. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada 5 guru terlibat iaitu Ustazah Hajjah Zaharah bt Osman, Ustazah Shariffah bt Saidin, Ustazah Samiah bt Hussain, Ustazah Hatijah bt Sabami dan Ustazah Hadawati bt Yaacob.
Majlis diteruskan dengan Mesyuarat BKSATDJ. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Norasikin bin Hashim, Pengerusi BKSATDJ. Mesyuarat kali ini memfokuskan kepada perancangan mengadakan Mesyuarat Agong BKSATDJ dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Agama Taman Desa Jaya. Walaupun belum diputuskan namun tarikh yang dicadangkan untuk mengadakan Mesyuarat Agong ialah pada 18 Mac atau 1 April 2012 manakala 21 April 2012 untuk Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Seluruh jawatankuasa Badan Kebajikan SATDJ, guru-guru dan murid Sekolah Agama Taman Desa Jaya mendoakan agar guru-guru yang bertukar ini beroleh kejayaan dan kesejahteraan selalu hendaknya.