16 April 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Baru BKSATDJ Sesi (2008-2010)



Mesyuarat Jawatankuasa baru BKSATDJ
kali pertama untuk sesi 2008-2010 telah
diadakan pada hari Selasa, 15 April 2008
di Bilik Mesyuarat SATDJ mulai jam 8.30 malam
hingga 11.30 malam. En. Norashikin Bin Hashim,
Pengerusi BKSATDJ yang baru telah mempengerusikan
mesyuarat tersebut. Hampir 25 orang ahli telah
menghadirinya. Komitmen dan semangat yang
dipamerkan oleh semua ahli amat memberangsangkan.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : -
1) Ucapan pengerusi BKSATDJ.
2) Suai kenal Jawatankuasa baru BKSATDJ (Sesi 2008-2010)
3) Membentang/mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
4) Perkara berbangkit
5) Membentang/mengesahkan laporan kewangan yang lalu.
6) Lain-lain hal : -
6.1) Penama akaun & enakmen BKSATDJ
6.2) Takwim BKSATDJ & SATDJ
6.3) Maulidurasul
6.4) Perkara lain.
7) Post Morterm Mesyuarat Agong.

No comments: