KONVOKESYEN DARJAH KHAS
AHAD, 14 OKTOBER - Majlis Konvokesyen darjah Khas sesi 2010 / 2011 kali ke 5 telah berjaya diadakan di Dewan Al-Hikmah Sekolah Agama Taman Desa Jaya pada 28 Zulkaedah 1433H. Majlis dirasmikan oleh Hj Mohd Fauzi bin Hj Arsad, Pegawai Pendidikan Agama daerah Johor Bahru. Majlid dimulai dengan bacaan doa dan diikuti Asmaul Husna / nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Puan Hajjah Kamaliah binti Khalil, guru besar SATDJ dan En Norasikin Hassim, Pengerusi Badan Kebaijikan SATDJ berucap mengalu-alukan kehadiran semua para-tetamu sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Hj.Mohd Fauzi. Majlis Konvokesyen diakhiri dengan sesi bergambar.