05 April 2007

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh
gabungan pihak Badan Kebajikan dan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah
Mesyuarat Agong ke 10 yang telah

diadakan pada 25 March 2007. Sambutan
yang diterima amatlah menggalakkan
dengan penyertaan hampir 200 orang
tetamu terutamanya Ahli badan NGO

dan ibubapa. Mesyuarat Agong ini telah
dirasmikan oleh Yang berbahagiaKetua
Kampung Ulu Tiram En. Mohd Esa
Bin Baba Ali Khan. Pada 15 April 2007,

satu Majlis Sambutan Maulidurasul SATDJ
akan diadakan bermula dengan acara
perarakan murid-murid sekolah agama
pada jam 7:45 pagi dan diikuti dengan

acara persembahan dewan, syarahan dan
diakhiri dengan jamuan tengahari.
Semua ibubapa dan penduduk Taman

Desa Jaya adalah di jemput hadir bagi
memeriahkan lagi majlis tersebut.

No comments: