28 January 2008

Mesyuarat J/Kuasa Ke 1/2008.


Mesyuarat JawatanKuasa Badan Kebajikan
Sekolah Agama Taman Desa Jaya yang pertama
untuk tahun 2008 telah berjaya diadakan
pada hari Sabtu, 26.01.2008 jam 8.30 malam
di bilik Mesyuarat Sekolah Agama Taman Desa Jaya.
Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Badan
menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh
En. Ramli Bin Ahmad Dahlan. Agenda mesyuarat
adalah seperti berikut : -
1. Ucapan pengerusi
2. Membentang & sahkan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Pembentangan laporan kewangan BKSATDJ
oleh Ustazah Hatijah Bt.Sabami.
5. Laporan Persekolahan tahun 2008
oleh Ustaz Abdul Razak Bin Jantan.
6. Takwim BKSATDJ 2008
oleh Ustazah Syarifah Bt Saidin.
7. Anggaran belanjawan BKSATDJ.
8. Lain-lain Hal.
Pada tahun 2008, seramai 911 orang murid
telah membuat pendaftaran.
Analisa jumlah pelajar adalah seperti berikut : -
1. Darjah 1 : 146 murid.
2. Darjah 2 : 157 murid
3. Darjah 3 : 147 murid.
4. Darjah 4 : 162 murid.
5. Darjah 5 : 151 murid.
6. Darjah 6 : 126 murid.
7. Taj : 22 murid.
Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 malam.



No comments: