02 May 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012

Sabtu - 28 April 2012 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1433 H, Sekolah Agama Taman Desa Jaya mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah Agama Taman Desa Jaya 2012M /1433H. Majlis dimulai dengan perhimpunan dan taklimat perarakan oleh Ustaz Hj Muzaffar. Perarakan yang bermula dari pekarangan Masjid Al Falah melalui sekitar Jalan Lembah menuju ke SATDJ. Majlis diteruskan dengan jamuan murid tahap 1, Majlis Khatam Al Quran, persembahan Nasyid, Marhaban dan Selawat Nabi secara beramai-ramai. Kemudian, tiba giliran murid tahap 2 dan darjah khas menikmati jamuan . Acara kemuncak ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al Ustaz Mohd Halil Bin Sulaiman. Walaupun sederhana, majlis ini tetap diraikan meriah kerana turut mendapat sambutan dan penyertaan dari murid-murid, guru-guru, AJK BKSATDJ, Ibu bapa, dan penduduk Taman Desa Jaya.








No comments: